BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Isnin, 2 Disember 2013

KONVOKESYEN PASTI AIN QISTINA

Selasa, 24 April 2012

BERSAWANG BLOGKU


Assalamualaikum w.b.t...

Syukur alhamdulilLah kerana berjaya juga akhirnya aku mengsign up blogku ini..hampir 2 tahun rasanya terbiar...sebabnya aku lupa paswordnya hehe...semoga ianya tidak akan berulang kembali...selama ini facebook yang menjadi tatapan seharian..kini aku boleh semula mencoretkan sedikit ilmu yang boleh dikongsi bersama di dalam blog ini....selamat bersua kembali :-)

Selasa, 21 Disember 2010

Cuti Sekolah Tahun 2010:Bercuti Bersama Keluarga





Alhamdulillah..syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana telah memberi rezeki masa dan wang ringgit untuk ku pada tahun 2010 ini...dapat ku bersama-sama keluargaku meluangkan masa bersama...cuti sekolah yang sebegini aku mengambil kesempatan membawa keluargaku pergi berjalan-jalan ke tempat-tempat yang ingin mereka lawati...ku memohon doa semoga Allah S.W.T akan sentiasa mengurniakan rezeki kepadaku bagiku berbakti kepada keluargaku sepanjang hayatku ini..amiin..

Jumaat, 9 Julai 2010

Peristiwa Israk Mikraj


Mafhum Firman Allah S. W. T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1).


1. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

Khamis, 1 Julai 2010

KEMBALI...


Kembali semula setelah sekian lama menyepi...

Jumaat, 12 Februari 2010

QISTINA SUDAH BOLEH BERJALAN


Ain Qistina Damia sudah berumur 1 tahun 1 bulan ketika coretan ini di tulis...ketika qis berusia 11 bulan dia sudah boleh berdiri sendiri namun takut-takut untuk bertatih melainkan dipimpin tangannya...kami begitu mengharapkan qis dapat berjalan sebelum mencapai umur 1 tahun kalau diikutkan kanak-kanak yang lain biasanya sudah boleh berjalan sebelum umurnya 1 tahun...mungkin ada yang seawal 9 bulan sudah boleh melangkah kakinya...ringan kata orang tua-tua..tapi itulah hakikatnya lain padang lain belalangnya...Sampai saat dan ketikanya pada tanggal 31/01/2010 kami begitu teruja dan bersyukur kepada Allah s.w.t kerana akhirnya kami dapat melihat Ain Qistina Damia dapat melangkah dengan sendirinya...Syukur pada-Mu Ya Allah...Sehingga kini kami cukup gembira dengan pelbagai telatah dan karenahnya yang bermacam-macam....

Selasa, 22 Disember 2009

SELAMAT TAHUN BARU HIJRIAH 1431

Selamat panjang umur,selamat murah rezeki,selamat meramaikan ummat,selamat segala-galanyer kepada semua sahabatku dan muslimin serta muslimat sekalian....

Tahun silih berganti dan umurpun semakin meningkat,walaubagaimanapun sama-sama kita doakan yang baik-baik belaka....setiap kali tahun baru orang akan tanya apa azam baru...kena juga tanya azam tahun lalu dah tercapai ke tidak...emmm itu yang susah sket nak pasang azam baru kalau azam yang lepas-lepas tak sempurna nak dicapai...tapi apa-apapun sebagai umat Islam perlu teruskan keazaman...jangan mudah mengalah dan berputus asa....rancang dan laksanakan dengan seikhlas hati...moga azam tahun ini sama-sama kita gapai bersama....