BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Selasa, 21 Disember 2010

Cuti Sekolah Tahun 2010:Bercuti Bersama Keluarga





Alhamdulillah..syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana telah memberi rezeki masa dan wang ringgit untuk ku pada tahun 2010 ini...dapat ku bersama-sama keluargaku meluangkan masa bersama...cuti sekolah yang sebegini aku mengambil kesempatan membawa keluargaku pergi berjalan-jalan ke tempat-tempat yang ingin mereka lawati...ku memohon doa semoga Allah S.W.T akan sentiasa mengurniakan rezeki kepadaku bagiku berbakti kepada keluargaku sepanjang hayatku ini..amiin..

Jumaat, 9 Julai 2010

Peristiwa Israk Mikraj


Mafhum Firman Allah S. W. T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1).


1. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

Khamis, 1 Julai 2010

KEMBALI...


Kembali semula setelah sekian lama menyepi...

Jumaat, 12 Februari 2010

QISTINA SUDAH BOLEH BERJALAN


Ain Qistina Damia sudah berumur 1 tahun 1 bulan ketika coretan ini di tulis...ketika qis berusia 11 bulan dia sudah boleh berdiri sendiri namun takut-takut untuk bertatih melainkan dipimpin tangannya...kami begitu mengharapkan qis dapat berjalan sebelum mencapai umur 1 tahun kalau diikutkan kanak-kanak yang lain biasanya sudah boleh berjalan sebelum umurnya 1 tahun...mungkin ada yang seawal 9 bulan sudah boleh melangkah kakinya...ringan kata orang tua-tua..tapi itulah hakikatnya lain padang lain belalangnya...Sampai saat dan ketikanya pada tanggal 31/01/2010 kami begitu teruja dan bersyukur kepada Allah s.w.t kerana akhirnya kami dapat melihat Ain Qistina Damia dapat melangkah dengan sendirinya...Syukur pada-Mu Ya Allah...Sehingga kini kami cukup gembira dengan pelbagai telatah dan karenahnya yang bermacam-macam....